Mesir nafi mahu pindah 500,000 rakyat Gaza ke Sinai Utara

Mesir nafi mahu pindah 500,000 rakyat Gaza ke Sinai Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Mesir menafikan sekeras-kerasnya laporan media Israel yang mendakwa Kaherah sedang bersiap sedia untuk memindahkan sementara 500,000 penduduk Palestin ke sebuah bandar di Sinai Utara, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk membina semula Gaza.

Perkhidmatan Maklumat Negara (SIS) Mesir dalam kenyataan menegaskan, dakwaan tersebut sebagai palsu dan sama sekali tidak selaras dengan pendirian tegas serta prinsip Kaherah sejak awal perang Israel di Gaza.

“Kaherah sekali lagi menegaskan penolakan mutlak dan muktamad terhadap sebarang cubaan untuk mengusir saudara Palestin – sama ada secara paksa atau sukarela – ke mana-mana lokasi di luar Gaza, terutama di Mesir,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mesir turut menegaskan sebarang pemindahan seumpama itu bermakna penghapusan perjuangan Palestin dan ancaman besar terhadap keselamatan negaranya.

SIS juga merujuk usaha diplomatik Mesir baru-baru ini, dengan menyatakan rancangan pembinaan semula Kaherah pada Sidang Kemuncak Arab pada 4 Mac lalu, yang memastikan tiada seorang rakyat Palestin akan meninggalkan Gaza.

Menurut kenyataan itu, rancangan tersebut diluluskan sebulat suara oleh peserta sidang kemuncak tersebut.

Penafian itu dibuat sebagai respons terhadap laporan media Israel sebelum ini, yang mendakwa Mesir sedang bersiap sedia untuk memindahkan 500,000 penduduk Gaza ke sebuah bandar di Sinai Utara.

Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 900 lagi cedera dalam serangan udara baharu Israel di Gaza sejak Selasa lalu, sekali gus memecahkan tempoh bertenang gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.

Sejak Oktober 2023, hampir 50,000 rakyat Palestin, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, terbunuh serta lebih 112,000 lagi cedera dalam serangan ketenteraan Israel terhadap Gaza.- ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN