KUALA LUMPUR: Seseorang yang memegang jawatan Perdana Menteri berpotensi terlibat dalam isu salah guna kuasa sekiranya berada di tampuk kuasa itu terlalu lama. Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, perkara itu sudah pun dibuktikan oleh ramai pemimpin-pemimpin dunia sebelum ini. Oleh itu, beliau berkata, Bersih bersetuju dengan cadangan untuk mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun. “Sebagai contoh di Indonesia…










