Lapangan Terbang Heathrow kembali operasi selepas kebakaran

Lapangan Terbang Heathrow kembali operasi selepas kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beberapa penerbangan mula mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London, lewat semalam selepas kebakaran di stesen janakuasa menyebabkan pesawat tidak dapat beroperasi di hab udara tersibuk di Eropah, sehingga menjejaskan ribuan penumpang seluruh dunia.

Kebakaran di pencawang elektrik itu menyebabkan lapangan terbang ditutup hampir sepanjang hari, mengakibatkan ratusan penerbangan dibatalkan atau dilencongkan semalam.

British Airways berkata, ia menerima kebekaran untuk berlepas bagi lapan penerbangan jarak jauh dari pukul 7 malam (waktu tempatan) ke bandar termasuk Johannesburg, Singapura dan Riyadh.

Sekatan terhadap penerbangan semalaman juga ditarik balik buat sementara waktu untuk membantu mengurangkan kesesakan, menurut jabatan pengangkutan United Kingdom (UK).

Lapangan terbang itu sepatutnya mengendalikan 1,351 penerbangan pada Jumaat, membawa sehingga 291,000 penumpang, namun pesawat dialihkan ke lapangan terbang lain di Britain dan seluruh Eropah, manakala banyak penerbangan jarak jauh terpaksa berpatah balik.

Heathrow berkata, hanya sebilangan kecil penerbangan akan beroperasi, dengan fokus utama pada pemindahan psawat dan membawa kapal terbang ke London.

Polis berkata, selepas penilaian awal, mereka tidak menganggap insiden itu mencurigakan, walaupun siasatan masih diteruskan.

Pasukan Bomba London pula menyatakan siasatan mereka akan tertumpu kepada peralatan pengedaran elektrik.

Penutupan itu bukan sahaja menjejaskan penumpang, tetapi menimbulkan kemarahan syarikat penerbangan yang mempersoalkan infrastruktur penting itu boleh gagal berfungsi.

Industri penerbangan kini berdepan kemungkinan kerugian kewangan mencecah puluhan juta pound, serta pertikaian pihak yang perlu menanggung kos tersebut.

Menteri Pengangkutan Britain, Heidi Alexander berkata, kejadian itu berlaku di luar kawalan Heathrow.

“Mereka melaksanakan pelan daya tahan dengan pantas dan bekerjasama rapat dengan pasukan kecemasan serta pengendali syarikat penerbangan,” katanya.– CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN