Lapan individu dipenjara berkait kebakaran pangsapuri di Hanoi

Lapan individu dipenjara berkait kebakaran pangsapuri di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman penjara terhadap lapan individu berhubung kebakaran yang memusnahkan sebuah blok pangsapuri di Hanoi pada 2023.

Kejadian yang mengorbankan 56 nyawa itu merupakan insiden kebakaran paling dahsyat di negara tersebut dalam tempoh dua dekad.

Bangunan terbabit hanya mempunyai satu pintu keluar tanpa tangga kecemasan di bahagian luar, dengan penduduk serta jiran melaporkan mendengar jeritan ketika mangsa berusaha menyelamatkan diri melalui tingkap yang dipasang jeriji besi.

Pemilik bangunan sembilan tingkat itu dijatuhi hukuman paling berat iaitu penjara 12 tahun oleh mahkamah di Hanoi selepas disabitkan kesalahan melanggar peraturan pencegahan kebakaran.

Namun, waris mangsa berpendapat hukuman yang dijatuhkan sepatutnya lebih berat.

Mahkamah Hanoi dalam keputusannya menyatakan tindakan pemilik banguna, Nghiem Quang Minh adalah berbahaya, menyebabkan kesan serius terhadap nyawa manusia dan kerugian harta benda.

Satu daripada empat sisi bangunan yang terletak di lorong sempit di kawasan padat penduduk itu langsung tidak mempunyai tingkap, manakala satu lagi hanya mempunyai lubang udara kecil.

“Antara mangsa yang terkorban dan cedera adalah kanak-kanak serta beberapa ahli keluarga yang sama, menyebabkan kesedihan mendalam,” kata mahkamah.

Minh turut diarahkan membayar pampasan berjumlah lebih AS$900,000 (RM3.9 juta) kepada keluar mangsa dan individu terselamat.

Selain itu, tujuh pegawai tempatan turut dijatuhi hukuman penjara antara 30 bulan hingga tujuh tahun atas kesalahan cuai dalam menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan kesan serius selepas gagal melaporkan pelanggaran pemilik bangunan tersebut.

Bagi memenuhi permintaan perumahan, Vietnam membenarkan pembinaan blok pangsapuri kecil – dikenali sebagai pangsapuri mini – pada tahun 2014.

Kebanyakannya dibina oleh individu persendirian sama ada disewakan kepada pekerja berpendapatan rendah serta pendatang atau dijual.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN