KPKT bina enam projek rumah mampu milik di Pahang

KPKT bina enam projek rumah mampu milik di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Projek Program Residensi Rakyat (PRR).

KPKT berkata, sebanyak 700 unit rumah teres satu tingkat telah dibangunkan di atas tanah milik kerajaan negeri bagi pembangunan enam projek PRR.

Enam projek terbabit ialah PRR Pelangai, Bentong; PRR Luit, Maran; PRR Inderapura, dan PRR Pulau Manis, Kuantan; PRR Tahan, Jerantut dan PRR Beserah, Chendor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini selaras dengan keputusan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) Bilangan 1 Tahun 2022 bagi merealisasikan pembangunan rumah mampu milik.

“Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan pembangunan manakala kerajaan negeri pula akan menyediakan tanah bagi tujuan pembangunan PRR ini,” katanya dalam kenyataan.

MoU ditandatangani oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Wira M. Noor Azman Taib dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob, disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

KPKT berkata, kerjasama itu untuk memastikan setiap rakyat Pahang mempunyai akses memiliki kediaman yang kondusif, mampu milik dan selamat dengan memperkasakan sektor perumahan di negeri itu.

Katanya, bagi PRR Pelangai, Bentong yang kini dikenali sebagai PRR Desa Baris Idaman telah memberikan manfaat kepada hampir 200 penduduk dalam kalangan kumpulan B40.

Tiga PRR lagi iaitu PRR Luit, Maran, PRR Inderapura, Kuantan dan PRR Pulau Manis Kuantan dalam proses kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai pada tahun ini kecuali PRR Luit, Mara, dijangka selesai tahun hadapan.

“Baki dua PRR lagi, iaitu PPR Tahan, Jerantut dan PRR Beserah Chendor pula sedang dalam pembinaan dan dijadualkan siap pada pertengahan tahun ini,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN