PETALING JAYA: Kesedaran rakyat Malaysia masih rendah untuk mendapatkan saringan kanser kolorektal (iFOBT) apabila hanya 2.29 peratus mengambil ujian itu di klinik kesihatan meskipun ia ditawarkan secara percuma. Menurut Pensyarah Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan (UKM), Dr. Nabil Mohammad Azmi, kanser kolorektal merupakan kanser kedua paling kerap dikesan di Malaysia, menjadikannya antara penyakit paling membimbangkan di negara ini. Beliau berkata, ramai pesakit mendapatkan rawatan apabila simptom yang dialami mereka sudah teruk, sedangkan komplikasi besar dapat dielakkan sekiranya mereka melalui ujian iFOBT pada peringkat awal. Dr. Nabil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya