Kebakaran hutan Korea Selatan makin 'mengganas'

Kebakaran hutan Korea Selatan makin ‘mengganas’

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan kuil Unramsa di Uiseong, Gyeongbuk, pada 23 Mac lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kebakaran hutan di wilayah tenggara Korea Selatan semakin ‘mengganas’ sehingga meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan mengakibatkan beberapa yang lain cedera.

Presiden sementara, Han Duck-soo menyifatkan bencana itu sebagai kebakaran hutan terburuk dalam sejarah Korea Selatan selepas lebih 24 kebakaran berbeza tercetus pada hujung minggu lalu.

Kebakaran itu pertama kali tercetus di daerah Sancheong pada Jumaat lalu, dan kini merebak ke bandar jiran seperti Uiseong, Andong, Cheongsong, Yeongyang dan Yeongdeok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih 23,000 orang dipindahkan dan beberapa tapak warisan budaya terjejas, termasuk sebuah kuil Buddha berusia 1,300 tahun musnah.

Pihak berkuasa turut mengesahkan sebuah helikopter bomba terhempas di kawasan pegunungan di daerah Uiseong semalam, dengan punca kejadian masih disiasat.

Kerajaan meningkatkan amaran krisis ke tahap tertinggi dan mengisytiharkan tindak balas negara secara besar-besaran untuk mengawal kebakaran tersebut.

“Sebanyak 24 orang meninggal dunia dalam kebakaran hutan itu.

“Selain itu, 12 orang cedera parah,” kata seorang pegawai kementerian keselamatan kepada AFP.

Cuaca kering dan berangin menghalang usaha untuk mengawal kebakaran, dengan kerajaan mengambil langkah memindahkan ribuan banduan dari pusat tahanan di daerah terjejas.

Kelmarin, pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan untuk Kampung Rakyat Hahoe – tapak warisan dunia yang tersenarai UNESCO dan popular dalam kalangan pelancong – berikutan kebakaran semakin merebak.

Sekitar 17,000 hektar hutan musnah, menjadikan kebakaran tersebut yang ketiga terbesar dalam sejarah Korea Selatan dari segi kawasan terjejas.- AFP/BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN