BERLIN: Jerman meluluskan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai 3 bilion euro (RM14.3 bilion) untuk Ukraine, hanya beberapa hari sebelum rundingan gencatan senjata terhad yang dirancang Amerika Syarikat (AS). Bantuan tersebut akan digunakan untuk membekal peralatan pertahanan kepada Ukraine, termasuk peluru, dron, kenderaan berperisai dan sistem pertahanan udara dalam usaha membantu negara itu menangkis serangan Russia. Kelulusan diberikan oleh Jawatankuasa Belanjawan Parlimen selepas peruntukan itu tertangguh selama beberapa bulan berikutan pertikaian…










