Israel lancar serangan paling maut sejak gencatan senjata Gaza

Israel lancar serangan paling maut sejak gencatan senjata Gaza

SEORANG warga emas meratapi kematian ahli keluarganya yang terbunuh akibat pengeboman Israel di Beit Lahia di utara Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya sembilan kakitangan badan amal terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan Israel di Beit Lahia di utara Gaza, yang turut disifatkan sebagai insiden paling maut sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Januari.

Menurut Pusat Perlindungan Wartawan Palestin, tiga mangsa yang maut adalah sebahagian daripada pasukan media yang mendokumentasikan usaha bantuan kemanusiaan di Gaza.

Kementerian kesihatan turut mengesahkan beberapa yang mengalami kecederaan kritikal kini dirawat di Hospital Indonesia di Gaza.

“Penyasaran orang awam yang tidak bersenjata, terutama mereka yang memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian kehilangan tempat tinggal merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan,” tambah Ketua Pengarah Pejabat Media Kerajaan Hamas, Ismail Thawabta.

Seorang saksi mata, Mahmoud Louay Atiya memberitahu CNN, dia terpaksa memadamkan kebakaran besar akibat serangan itu dengan hanya menggunakan botol air yang ada di tangan.

“Saya membantu dua orang namun seorang sukarelawan yang saya tarik keluar sudah pun meninggal dunia dan seorang lagi cedera tetapi masih hidup. Saya berjaya mengeluarkan beberapa mayat. Tiada ambulans atau jentera bomba yang datang,” katanya.

Seorang lagi lelaki berkata, anak lelakinya yang berusia 17 tahun turut terbunuh dalam serangan itu, walaupun tidak mempunyai kaitan dengan pejuang atau Hamas.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa menyasarkan dua anggota pejuang ketika mereka mengendalikan dron yang menimbulkan ancaman kepada anggota tenteranya di Beit Lahia.

Serangan maut itu berlaku sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengemukakan cadangan baharu bagi menjamin pembebasan tebusan hidup yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran untuk lanjutan gencatan senjata selama sebulan.

Di bawah cadangan AS, Israel juga akan menarik balik sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang telah berlangsung selama hampir dua minggu, menurut sumber yang terlibat dalam rundingan.

Hamas pada Jumaat menyatakan pihaknya telah memberi maklum balas terhadap cadangan lanjutan gencatan senjata, termasuk persetujuan untuk membebaskan askar Amerika-Israel, Edan Alexander bersama empat mayat tebusan yang mempunyai dua kewarganegaraan yang ditahan di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×