Harga barang terkawal, tiada kekurangan bekalan – Anwar

Harga barang terkawal, tiada kekurangan bekalan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Harga barang mentah dan barang keperluan utama berada di bawah harga pasaran sekali gus membantu meringankan beban rakyat terutama umat Islam melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa rasa bimbang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut diperoleh berdasarkan tinjauan dibuatnya yang mendapati bekalan barangan keperluan musim perayaan seperti telur ayam, barang mentah dan banyak lagi yang mencukupi pada tahun ini.

“Saya juga berasa bangga dengan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta seperti Mydin yang berusaha keras untuk memastikan harga barang tidak mengalami kenaikan menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Ini adalah kali pertama berlaku sejak saya mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Kawalan Harga Barang Keperluan pada tahun 1990-an,” katanya kepada pemberita selepas meninjau harga barang keperluan di Mydin USJ.

Dalam pada itu, Anwar merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, serta pihak swasta seperti Mydin.

Jelasnya, pihak-pihak tersebut sudah berusaha keras untuk memastikan tiada kenaikan harga menjelang perayaan Aidilfitri ini.

“Saya ingat ini dalam sejarah bekalan barangan keperluan musim perayaan seperti telur ayam dan ayam tidak mengalami kenaikan dan bekalannya mencukupi.

“Perkembangan ini belum pernah saya lihat sejak tahun ini aktif dalam pemerintahan dan pembangkang dari tahun 1980-an ke-90-an.

“Jadi, kita harus bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada syarikat, pihak berkuasa, dan kementerian yang terlibat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN