EU kuat kuasa lesen memandu digital menjelang 2030

EU kuat kuasa lesen memandu digital menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Kesatuan Eropah (EU) akan menguatkuasakan pelaksanaan lesen memandu digital yang boleh diakses melalui telefon bimbit atau peranti digital lain menjelang akhir 2030, menurut kenyataan Suruhanjaya Eropah semalam.

Suruhanjaya itu menekankan bahawa dengan kemas kini arahan lesen memandu, syarat minimum kelayakan pemandu di seluruh negara EU akan berubah dan peraturan mengenai tempoh percubaan untuk pemandu baharu juga akan diselaraskan.

“Arahan baharu mengenai lesen memandu bertujuan untuk mengurangkan bilangan kemalangan di jalan raya EU serta mengurangkan beban tidak perlu kepada rakyat dan pihak berkuasa berkaitan prosedur pentadbiran,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, satu dasar yang terbukti dapat meningkatkan keselamatan jalan raya akan dilaksanakan iaitu program memandu berteman untuk pemandu berumur 17 tahun ke atas di seluruh EU.

Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa mereka yang ingin memiliki lesen memandu dalam bentuk fizikal masih boleh mendapatkannya.

Jika lesen memandu digunakan sebagai kad pengenalan, tempoh sahnya ialah 10 tahun manakala lesen yang hanya untuk memandu kereta dan motosikal akan mempunyai tempoh sah laku 15 tahun.

Pesuruhjaya Pengangkutan EU, Apostolos Tzitzikostas berkata, peraturan lesen memandu terbaharu itu menandakan langkah besar dalam memodenkan sistem lesen dan meningkatkan keselamatan jalan raya di seluruh EU.

“Dari pengenalan lesen memandu digital kepada langkah menyokong pemandu muda, perjanjian ini membuka jalan untuk sistem mobiliti yang lebih mudah diakses, cekap, dan selamat.

“Paling penting, ia akan membantu mengurangkan kematian di jalan raya EU, mendekatkan kami dengan matlamat ‘Vision Zero’,” tambahnya.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN