Segera bawa pulang Kim Seri dari Korea

Segera bawa pulang Kim Seri dari Korea

equador
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa penipuan agensi pelancongan di­kendalikan pempengaruh ter­kenal, Kim Seri mahu kerajaan mengambil tindakan tegas de­ngan membawa individu itu pulang ke Malaysia dan disiasat oleh pihak berkuasa tempatan.

Pekerja swasta, Nur Ezwan Azazian, 41, berkata, usaha tersebut dibuat selepas polis memaklumkan bahawa siasatan tidak dapat diteruskan dipercayai kerana Kim Seri masih berada di Korea Selatan.

“Mangsa sudah buat laporan polis sejak Disember, data kami menunjukkan lebih daripada 24 laporan telah dibuat dengan jumlah kerugian melebihi RM1 juta.

“Tapi hingga kini tiada tindakan lanjut. Jadi, kami mahu kerajaan dan Kementerian Da­lam Negeri campur tangan dan memastikan individu ini dibawa pulang untuk bertanggungja­wab atas perbuatannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pada 3 Februari, Kim Seri sekali lagi tampil membuat permohonan maaf ekoran ti­dak dapat memulangkan semula wang pelanggan terjejas sebelum atau pada 1 Februari seperti yang dijanjikan.

Sebelum ini, orang ramai mendakwa menjadi mangsa pe­nipuan percutian ke Seoul, Korea Selatan oleh pempengaruh itu yang menawarkan pakej selama lima hari dengan harga kira-kira RM4,000.

Justeru itu Nur Ezwan mahu kerajaan dan Kementerian Da­lam Negeri campur tangan dalam kes itu dengan membawa pulang individu terlibat.

Katanya, sebahagian besar mangsa telah membawa kes ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna dan menerima tarikh perbi­caraan.

“Dalam masa yang sama, ada yang turut mendapatkan khidmat guaman di Korea Selatan sebagai langkah tambahan untuk menuntut keadilan.

“Kami berharap dengan tekanan yang diberikan melalui memorandum itu, pihak ber­kuasa segera bertindak agar Kim Seri dapat dibawa pulang dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN