PGA patahkan cubaan seludup 88,000 biji kelapa

PGA patahkan cubaan seludup 88,000 biji kelapa

TRELER yang membawa muatan kelapa ditahan PGA selepas melakukan serbuan di stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan kelmarin.-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 88,000 biji kelapa bernilai hampir RM2 juta selepas menahan dua buah treler di stor Che Soh, Kampung Pulau Ular dekat sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari, PGA turut menahan lima lelaki berusia 26 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan berkaitan rampasan tersebut.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 88,000 biji di dalam treler dan kawasan stor tersebut. 

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati barangan tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen termasuk lesen pembelian kelapa yang sah. 

“Hasil siasatan lanjut, kelapa itu dipercayai akan diseludup ke Thailand.

“Kesemua suspek itu dipercayai menjadi penghantar untuk membawa keluar kelapa tersebut secara tidak sah,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta FAMA 1965.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN