MELAKA: Majoriti peniaga di Melaka Sentral di sini berharap kerajaan negeri menerusi Perbadanan Melaka (MCorp) tidak sekadar berjanji untuk menaik taraf infrastruktur Melaka Sentral. Ini kerana, beberapa tahun yang lalu, sudah ada ura-ura untuk menaik taraf lokasi itu, malah ada juga cadangan membina terminal baharu bagi menggantikan bangunan yang mengalami mendapan lantai dan beberapa kerosakan. Seorang peniaga, Zainuddin, 70, berkata, kerajaan negeri perlu menepati janji untuk menaik taraf Melaka Sentral…










