Pemilihan PKR: Keterbukaan Anwar suburkan demokrasi

Pemilihan PKR: Keterbukaan Anwar suburkan demokrasi

HASSAN Abdul Karim (tiga,kiri) menggaul Yee Sang pada Rumah Terbuka Parlimen Tebrau 2025 Bersama PKR Johor di Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rak­yat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbuka jawatan Presiden dan Timbalan Pre­siden PKR dipertandingkan pada pemilihan parti itu, disifatkan langkah demokratik dan positif.

Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga bekas Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim berkata, keterbukaan Perdana Menteri itu menyuburkan amalan demokrasi dalam parti sekali gus memberi peluang kepada lebih satu juta ahli memilih kepemimpinan tertinggi PKR.

“PKR adalah parti demokrasi dan bukan hari-hari kita adakan pemilihan tapi tiga tahun sekali. Ini amat positif dan memberikan gambaran yang baik kepada anak muda dan mereka akan berminat dengan PKR.

“Kita harap perkara ini (amalan seperti ini) akan diteruskan bukan sahaja dalam pemilihan kali ini tetapi juga pemilihan pada tahun-tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas hadir Rumah Terbuka Parlimen Tebrau 2025 Bersama PKR Johor di sini, semalam.

Kelmarin, Anwar berkata, beliau menyerahkan kepada parti itu untuk memutuskan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR perlu dipertandingkan atau tidak, pada pemilihan Mei depan.

Kata Anwar, beliau menghormati demokrasi dalam parti dan tidak mahu mencampuri urusan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN