'Mat Saleh' terpukau di Lata Berkoh, Taman Negara

‘Mat Saleh’ terpukau di Lata Berkoh, Taman Negara

PELANCONG dari negara Eropah bersiar-siar di Lata Berkoh, Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Keindahan hutan hujan tropika berusia lebih 130 juta tahun di Lata Berkoh di Sungai Tahan, Taman Negara Kuala Tahan, dekat sini menarik kunjungan pelancong dari Eropah termasuk Belanda, Perancis, Jerman, Romania dan negara Scandinavian terutama ketika musim panas.

Pelancong dari Amsterdam, Belanda dikenali sebagai Carolline, 50, berkata, dia sudah dua kali berkunjung ke Taman Negara dan Lata Berkoh antara destinasi menarik serta memberi ketenangan jiwa.

“Saya diperkenal lokasi Lata Berkoh oleh seorang pemandu pelancong apabila pertama kali berkunjung ke Taman Negara 10 lalu dan ia menambat hati dengan keindahan hutannya berbanding tempat lain.

“Kedinginan air Sungai Tahan dan kehijauan hutan tropika dibingitkan dengan bunyi unggas dan serangga di dahan pokok cukup menyenangkan hati dansaya berhasrat datang semula suatu hari nanti,” katanya semalam.

Menurut Carolline, kesempatan berendam dalam air sungai yang dingin serta berehat di tepian sungai bersama rakan antara aktiviti yang mengujakan ketika berkunjung kali kedua ke situ.

Sementara itu, pemandu bot pelancong, Jamizan Rashid, 45, berkata, Lata Berkoh antara destinasi yang popular dalam kalangan pelancong asing berbanding dengan destinasi lain sekitar Taman Negara.

“Ia mungkin kerana suasana alam yang memukau ketika menaiki bot di Sungai Tahan di bawah teduhan pokok dan laluan di celah ‘alur’ batu dan dapat melihat ikan menerusi kejernihan air bagaikan cermin,” katanya.

Dia berkata, dianggarkan kira-kira 100 pelancong ‘Mat Saleh’ hadir dalam sehari dan dijangka bertambah apabila musim kemarau selepas Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN