KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperoleh pendapatan berjumlah RM102 juta untuk agihan dividennya melalui penjualan saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dengan harga antara RM6.80 dan RM7.70 seunit. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, prestasi saham MAHB mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus pada 2023 menjadi antara faktor utama strategi penjualan saham. Sehubungan itu, menurut beliau, tuduhan KWSP mengalami kerugian daripada penjualan…










