Kes Faisal Halim antara isu dibangkit pada sidang DUN Selangor

Kes Faisal Halim antara isu dibangkit pada sidang DUN Selangor

Faisal Halim
MOHD. Najwan Halimi bermesra dengan petugas dan tetamu pada majlis perasmian pembukaan Restoran Burg&Go di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perkembangan kes pemain Selangor FC, Faisal Halim antara pertanyaan bakal dibangkitkan semula pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan bersidang bermula minggu depan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, kerajaan negeri berharap siasatan polis berkaitan kes serangan asid itu masih diteruskan, bagaimanapun perkembangan terbaharu kes itu kini diambil alih pasukan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Justeru, kita harap kes itu terus disiasat polis dan menerima laporan hasil siasatan mengenainya kelak.

“Pada Sidang DUN yang disambung semula mulai Selasa ini, mungkin akan ada lagi usul dan pertanyaan berkaitan kes Faisal Halim itu,” katanya selepas merasmikan restoran Burg&Go, hari ini.

Utusan Malaysia pada November tahun lalu melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta mendedahkan perkembangan terkini termasuk dalang kes serangan asid terhadap pemain kebangsaan itu.

Ini termasuk pendedahan kepada khayalak ekoran kes berkenaan masih menjadi tanda tanya meskipun berlaku sejak Mei tahun lalu.

Pejabat DUN Selangor kemudian menerima maklum balas daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berhubung usul 17 (1) Peraturan-Peraturan Tetap DUN Selangor.

Maklum balas itu menyatakan PDRM mengambil serius terhadap siasatan kes itu dan mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti sekali menangkap suspek terlibat.

Dalam kejadian 5 Mei lalu, Faisal, 26, mengalami lecur tahap empat di beberapa bahagian badan selepas diserang dengan asid oleh individu tidak dikenali di Kota Damansara, Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya