TEHRAN: Iran menuduh Israel mengganggu penerbangan dari Teheran ke Beirut selepas sebuah pesawatnya dinafikan untuk mendarat di ibu negara itu. Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata, Israel mengancam pesawat penumpang yang membawa warga Lubnan dari Teheran, menyebabkan gangguan dalam penerbangan biasa negara ke lapangan terbang Beirut. Beliau mengecam ancaman Israel yang didakwa itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa. Esmaeil turut menyeru Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan badan dunia lain…










