WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sebagai ‘diktator’, sekali gus meningkatkan ketegangan antara kedua-dua pemimpin itu. ‘Perang mulut’ berterusan itu turut dikhuatiri memberi kesan kepada masa depan Kyiv serta usaha menamatkan pencerobohan Russia yang sudah berlarutan lebih tiga tahun. PERANG MULUT Trump dilaporkan menuduh Ukraine memulakan perang dengan Russia melalui komen yang dimuat naik di rangkaian media Truth Social, hanya beberapa jam selepas Zelenskyy…










