SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang telah dirancang sebelum ini dipercepatkan. Titah baginda, projek yang dianggarkan berjumlah RM1.774 bilion itu perlu dibuat segera bagi mengelak insiden banjir besar yang berlaku tiga tahun lalu tidak berulang lagi di Selangor. “Kita tidak boleh melengahkan masa dalam menggerakkan usaha-usaha mitigasi banjir kerana ia boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat beta serta kerajaan negeri.…










