Cukai progresif kunci kejayaan ekonomi – PM

Cukai progresif kunci kejayaan ekonomi – PM

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menandatangani plak perasmian Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri Teluk Intan, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Tanggungjawab Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bukan hanya memastikan kutipan hasil cukai negara, tetapi juga penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada pembayar cukai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi inisiatif seiring dengan perubahan teknologi digital dan inovasi dalam proses percukaian, LHDN berjaya memperkenalkan pelbagai kemudahan dan saluran komunikasi yang memudahkan rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Ini merupakan usaha dan komitmen berterusan oleh ke­rajaan untuk memastikan sistem percukaian kita lebih mesra rakyat, efisien dan te­lus,” katanya dalam perutusan majlis perasmian Menara Hasil Teluk Intan di sini, semalam.

Bangunan tiga tingkat ber­nilai RM26.3 juta itu dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, reformasi percukaian yang progresif dan tidak membebankan merupakan kunci kejayaan ekonomi Madani yang dirangka untuk mencapai matlamat pengembangan sumber hasil negara dan memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Sebagai tulang belakang kerajaan yang menjana sumber kewangan negara, kunci kejayaan LHDN terletak kepada keikhlasan untuk memelihara tatakelola yang baik dan bersifat adil semasa menjalankan tugas.

“Saya berharap Menara Hasil Teluk Intan itu menjadi mercu tanda kepada pencapaian bersama dalam memperkukuh sistem percukaian negara serta meningkatkan lagi taraf hidup rakyat Malaysia seiring dengan hasrat kerajaan dalam memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×