Banjir Sabah, Sarawak: Kerajaan lulus RM25 juta baiki kerosakan

Banjir di Sabah, Sarawak: Kerajaan lulus RM25 juta baiki kerosakan

BEBERAPA penduduk meredah air untuk menyeberangi jalan utama yang terputus hubungan akibat banjir di Jalan Dijih, Ulu Baoh, semalam. – APM DALAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Pusat memperuntukkan RM25 juta untuk segera membaiki kerosakan infrastruktur yang terjejas akibat banjir di Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu diluluskan atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat yang terjejas akibat bencana alam itu.

“Kita siapkan (peruntukan) RM25 juta untuk segera memperbaiki kerosakan-kerosakan besar. Kita luluskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini pandangan (tindakan) yang tidak ikut negeri, tidak ikut musim. Tapi ikut tanggung­jawab. Jadi kita lakukan,” kata­nya semasa berucap pada Majlis Kenduri Rakyat di pekarangan Masjid Al-Muttaqin, Taman Me­ru, di sini semalam.

Semalam, Anwar mengarahkan pihak berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkukuh jentera dan koordinasi berikutan situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin memburuk.

“Di Sabah, Sarawak pun saya minta NADMA segera luluskan RM1,000 bagi setiap keluarga mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, mangsa banjir di Sarawak dan Sabah kini me­ningkat lebih 15,000 orang de­ngan 4,461 keluarga kini ditempatkan di 90 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua ngeri tersebut.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, tiga lagi PPS pula menempatkan 169 mangsa tanah runtuh di Miri dan Tatau.

Menurutnya, satu PPS lain pula menempatkan 37 mangsa kebakaran rumah panjang di Kanowit.

“Berikutan peningkatan jumlah mangsa itu juga, jumlah PPS yang aktif di seluruh Sarawak kini meningkat sebanyak 62 dan menempatkan mangsa seramai 10,993 orang daripada 3,087 keluarga,” katanya.

Daripada 58 PPS mangsa banjir, Serian masih mencatat jumlah tertinggi dengan 19 PPS, Bintulu (9), Kuching (4), Samarahan (12) dan Miri (9) dan Sibu (5).

Sementara itu, menerusi portal Info Bencana JKM, seramai 4,156 penduduk menjadibanjir di Sabah setakat lima petang ini.

“Jumlah itu merangkumi 1,422 keluarga dan kesemuanya ditempatkan di 32 yang berada di sembilan daerah Sabah,” katanya.

Terdahulu, media melapor­kan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diarahkan untuk memperkemas penyela­rasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri bagi menghadapi bencana banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini