LONDON: Projek pembangunan bandar baharu Brabazon YTL Group di Bristol yang bernilai RM21.96 bilion merupakan pelaburan terbesar syarikat Malaysia di United Kingdom (UK). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan itu membuktikan syarikat dari Malaysia mampu melaksanakan pelbagai projek pembangunan di United Kingdom, selain memperkukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara. “Penyertaan syarikat Malaysia dalam usaha niaga di luar negara dapat memperkukuh hubungan pasaran global dan menyumbang kepada aspirasi…











