Trump bakal sekat ICC, batal waran tangkap Netanyahu?

Trump bakal sekat ICC, batal waran tangkap Netanyahu?

DONALD Trump dan Benjamin Netanyahu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa merancang untuk mengenakan sekatan tegas terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, sejurus selepas memegang jawatan.

Menurut sumber akhbar Israel Hayom, perintah eksekutif itu berkemungkinan diumumkan seawal 21 Januari, sehari selepas pelantikannya.

Akhbar itu mendakwa, tindakan Trump dijangka menyasarkan kakitangan ICC, termasuk hakim dan pendakwa raya, serta institusi itu secara keseluruhan.

“Pentadbiran bercadang mengklasifikasikan ICC sebagai organisasi yang mengancam kepentingan AS, menggunakan prosedur penetapan sama seperti Jabatan Negara untuk organisasi pengganas di seluruh dunia.

“Penetapan ini akan menyebabkan sekatan ketat terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dengan operasi mahkamah tersebut,” katanya.

Akhbar tersebut melaporkan, sekatan itu bertujuan untuk memaksa mahkamah membatalkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.

Pentadbiran baharu menganggap waran tangkap ICC sebagai ancaman kepada keselamatan negara AS dan bimbang ia bertujuan melemahkan keupayaan Washington serta sekutu dalam mempertahankan diri daripada ancaman global.

Pegawai juga didakwa bimbang AS mungkin berdepan waran tangkap sama pada masa akan datang.– AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN