‘Situasi kebakaran hutan di Los Angeles macam dalam filem’

‘Situasi kebakaran hutan di Los Angeles macam dalam filem’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Situasi kebakaran hutan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) umpama ‘kiamat dunia’ yang akan kekal dalam ingatan seorang pelakon Malaysia yang ketika ini me­nyambung pengajian di negara itu.

Malah katanya, cahaya api boleh dilihat jelas dan hampir memenuhi segenap penjuru di bandar berkenaan.

Jasmine Suraya Chin berkata, dia dapat menyaksikan penduduk yang terjejas berusaha sedaya upaya menyelamatkan diri dengan meninggalkan tempat tinggal masing-masing dan mencari kawasan perlindu­ngan.

Malah katanya, keadaan ibu kota pusat perniagaan dan hiburan itu juga kelam kabut selepas terkepung dengan kebakaran hutan yang berlaku di luar kawalan.

“Kalau awak pernah tengok filem di mana dunia berakhir dan semua orang kelam kabut meninggalkan tempat tinggal, situasinya begitulah. Keadaan semakin reda walaupun ada lagi kebakaran hutan yang berlaku semalam.

“Selain itu, ada beberapa tempat yang dikenakan perintah berkurung dan sejumlah lebuh raya turut ditutup,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sehingga kini, kira-kira 1,500 bangunan terbakar dalam bencana terbaharu melanda di bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS) yang turut memaksa lebih 100,000 penduduk mengosongkan rumah masing-masing.

Dia yang berada di Los Angeles sejak April tahun lalu berkata, semua kelas terpaksa dibatalkan.

“Semua kelas setakat ini diadakan secara dalam talian. Walaupun sudah dikenakan perintah darurat, tetapi premis perniagaan masih buka.

“Cuma restoran dan butik tidak dibuka. Kedai habis terbakar. Saya berharap agar keadaan cepat reda dan pulih seperti sedia kala selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN