SABAK BERNAM: Lebih 4,000 orang pesawah di Sungai Besar, di sini menggesa kerajaan campur tangan dan mengembalikan harga belian padi yang didakwa turun mendadak kepada RM1,400 per tan metrik kepada RM1,650. Pesawah di kawasan berkenaan terkilan dengan penurunan tersebut berbanding musim lalu apabila ia didakwa dikesan menerusi tuaian padi dibuat sejak awal bulan ini yang baru mencapai lima peratus bendang. Ketua Blok C16 Parit 3 Banat, Hasbullah Samsuddin berkata, penurunan…










