PeSAWAH rayu campur tangan PM selesai harga padi

PeSAWAH rayu campur tangan PM selesai harga padi

KOS penghasilan padi yang tinggi termasuk penggunaan traktor pembajak memerlukan penetapan harga lantai belian padi dikaji semula. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) merayu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan isu berkaitan harga padi yang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Pengerusinya, Abdul Rashid Yob berkata, pihaknya mahu meluahkan rasa kecewa terhadap kegagalan mencari penyelesaian bagi memastikan harga lantai padi dapat dinaikkan ke paras lebih tinggi berbanding RM1,300 ketika ini.

Beliau berharap kerajaan menghentikan proses pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman dalam persidangan Parlimen akan datang.

“Dua isu ini sangat penting, yang menentukan ke mana hala tuju dan nasib golongan pesawah. Sekarang ini kami perlu tanggung kenaikan harga benih, kos jentera membajak dan menuai, harga itu tidak dapat diterima semua pesawah yang mengusahakan tanaman padi.

“Begitu juga dengan RUU berkenaan. Petani amat bimbang mengenai keperluan pelesenan, ujian makmal untuk benih dan denda yang berat kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan.

Amalan tradisi seperti menyimpan, berkongsi dan menjual benih secara kecil-kecilan penting untuk agrobiodiversiti dan sara diri petani,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, segala isu dan persoalan kekurangan bekalan beras tempatan dan harga belian padi akan dijawab pada Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan Februari ini.

Abdul Rashid berkata, kos pelesenan dan ujian makmal juga dijangka membebankan petani kecil, sekalipun ujian itu percuma di makmal kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN