PETALING JAYA: Hospital kerajaan sekarang semakin sesak apabila pesakit kian bertambah, manakala doktor dan jururawat pula berkurangan. Faktor tersebut menyebabkan ramai pesakit terpaksa menunggu lama sehingga 15 jam bagi mendapatkan rawatan. Malah, kebanyakan hospital kerajaan masih kekal dengan jumlah katil yang sama sehingga menyebabkan ia sentiasa penuh dan menyukarkan pesakit baharu dimasukkan ke wad. Jurucakap Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata, situasi itu sudah menjadi kebiasaan di hospital kerajaan bahkan ada…










