Perkhidmatan bank akan disambung semula di Gaza

Perkhidmatan bank akan disambung semula di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Monetari Palestin mengarahkan bank untuk membuat persediaan membuka semula cawangan mereka bagi menyambung perkhidmatan di Gaza selepas gencatan senjata berkuat kuasa.

Pihak berkuasa monetari dalam kenyataan semalam berkata, gabenornya, Yahya Al-Shunnar sudah mengadakan pertemuan dengan wakil bank yang beroperasi di Palestin.

Katanya, pertemuan tersebut membincangkan langkah yang diperlukan untuk menyambung semula perkhidmatan perbankan kepada penduduk Gaza.

Ini termasuk pembukaan semula beberapa cawangan bank dan mesin ATM yang tidak musnah sepenuhnya atau mengalami kerosakan teruk.

Al-Shunnar menegaskan keperluan untuk membuat persediaan dan melengkapkan cawangan bagi menerima pelanggan, menyediakan perkhidmatan penting serta mempromosikan penggunaan perkhidmatan pembayaran elektronik moden secepat mungkin.

Pihak Berkuasa Monetari turut memaklumkan ia berusaha dengan pihak antarabangsa berkaitan untuk menangani kekurangan wang tunai di Gaza dan menggantikan mata wang yang rosak.

Ia menggesa orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan dan saluran elektronik bagi mengakses perkhidmatan perbankan sehingga usahanya untuk membawa wang tunai ke wilayah itu berjaya.

Perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada pukul 11.15 pagi (waktu tempatan) semalam, selepas tertangguh beberapa jam akibat tuduhan Israel konon Hamas melengahkan penyerahan senarai tebusan yang akan dibebaskan.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN