DAMSYIK: Pasukan pertahanan awam Syria menemukan sekurang-kurangnya 26 mayat di dua ruang bawah tanah berasingan di luar bandar Damsyik, dipercayai mangsa kekejaman kerajaan Bashar al-Assad. Penemuan terbaharu itu menambah lagi jumlah kubur besar yang digali sejak kejatuhan kerajaan Bashar pada Disember tahun lalu. Mayat yang dipercayai termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak itu menunjukkan bukti kesan tembakan dan terbakar. Kumpulan sukarelawan pertahanan awam, White Helmets Syria, menggali sisa rangka mayat dari…










