SHAH ALAM: Kegiatan sebuah kilang menguruskan sisa elektronik dan bahan buangan secara haram di Sungai Kandis di sini, tumpas selepas digempur pihak berkuasa semalam. Serbuan kira-kira pukul 8.30 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor. Operasi bersepadu itu membawa kepada sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM21.6 juta dan penahanan 19 warga asing yang berada di premis tersebut. Komander PSP…










