PETALING JAYA: Gejala buli dalam sektor kesihatan di negara bukan sahaja melibatkan doktor pelatih, malah turut membabitkan golongan jururawat yang dianggap berstatus lebih rendah berbanding profesion pegawai perubatan. Walaupun gejala itu kurang mendapat perhatian namun ia wujud termasuk melibatkan doktor pakar yang berjawatan lebih tinggi. Mendedahkan perkara itu, bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, amalan buli dalam sektor kesihatan sebenarnya sudah lama berlaku dan ia tidak hanya…










