Israel bebas 110 tahanan Palestin selepas sengaja buat 'drama'

Israel bebas 110 tahanan Palestin selepas sengaja buat ‘drama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Israel membebaskan 110 tahanan Palestin dalam pertukaran ketiga di bawah perjanjian gencatan senjata semalam, selepas menangguhkan proses tersebut ekoran berang dengan orang ramai berkerumum di salah satu lokasi penyerahan tebusan.

Terdahulu, Hamas membebaskan tiga tebusan Israel dan lima tawanan Thailand di Gaza pada hari yang sama di bawah pertukaran tersebut.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa suasana penyerahan yang dilihat huru-hara amat mengejutkan dan mengancam hukuman mati kepada mereka yang mencederakan tebusan.

Beliau dan Menteri Pertahanan, Israel Katz mengarahkan penangguhan dalam pembebasan tahanan sehingga keselamatan keluar tebusan Israel dalam fasa seterusnya terjamin.

Pejabat Perdana Menteri kemudian berkata, pengantara komited untuk memastikan laluan selamat bagi tebusan dalam penyerahan seterusnya.

Tidak lama kemudian, bas tiba di bandar Ramallah di Tebing Barat membawa sebahagian daripada 110 tahanan Palestin yang dibebaskan di bawah perjanjian berperingkat itu.

Kumpulan ketiga tahanan disambut oleh orang ramai yang bersorak di wilayah Palestin yang diduduki.

Zakaria Zubaidi, pemimpin Briged Syahid Al-Aqsa, sayap bersenjata Fatah, adalah tahanan Palestin paling terkenal yang dibebaskan, semalam.

Beliau pernah melarikan diri dari penjara pada 2021 bersam tiga banduan lain, tetapi kemudian ditangkap semula.

Zubaidi sentiasa dikenali sebagai orang kuat di bandar Jenin, Tebing Barat, yang merupakan kubu kuat pejuang Palestin terhadap pendudukan Israel dan sering menjadi sasaran serbuan rejim, termasuk operasi besar minggu lalu.

“Syukur kepada Tuhan yang memberkati saya dengan pembebasan hari ini. Semoga roh para syuhada Gaza beristirehat dengan tenang,” kata Zubaidi kepada orang ramai yang menyambutnya di Ramallah.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN