GAZA: Pihak berkuasa Israel mengesahkan Hamas sudah menyerahkan tiga tawanan wanita pertama sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza. Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari berkata, Romi Gonen, 24; Emily Damari, 28; dan Doron Steinbrecher, 31, diserahkan kepada Palang Merah dan dalam tangan yang selamat di Israel. Kenderaan Palang Merah berlepas dari Bandar Gaza di bahagian utara wilayah selepas Hamas membawa tawanan tersebut ke Dataran as-Saraya ketika orang ramai berkumpul. Delegasi…