MICHIGAN: Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bertemu rakannya di sebuah bar hampir sedekad lalu, akhirnya terungkai melalui imej Google Maps. Ini selepas mayat David Lee Niles ditemukan dalam keadaan tragis di dalam sebuah kolam berhampiran Bar Jake’s di Perbandaran Byron, Michigan, setelah dilaporkan hilang hampir sedekad. Keluarga David memerlukan sembilan tahun untuk mendapat petunjuk mengenai kehilangannya, yang ketika itu bergelut melawan kanser dan kemurungan. Polis menyiasat kes…










