WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Republikan meluluskan rang undang-undang yang menyekat atlet transgender daripada menyertai sukan kanak-kanak perempuan dan wanita. Perundangan itu akan menghalang pelajar transgender daripada pasukan wanita di mana-mana sekolah atau universiti yang menerima pembiayaan persekutuan. Dewan memperoleh 218 undi untuk rang undang-undang itu, termasuk dua dari anggota Demokrat. Rang undang-undang itu mentakrifkan jantina sebagai hanya berdasarkan biologi pembiakan dan genetik seseorang semasa lahir dan…










