Wanita lewat bekerja tapi cepat berhenti

Wanita lewat bekerja tapi cepat berhenti

RAMAI wanita kini cenderung mula bekerja pada usia lewat 20-an.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golongan wanita kini cenderung memasuki pasaran kerja pada usia lewat 20-an berbanding dua dekad lalu yang kebanyakannya mula bekerja seawal usia 20-an.

Menurut Khazanah Research Institute (KRI), perbandingan antara jantina dalam kumpulan usia 20-an menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) lelaki kekal lebih tinggi dan stabil berbanding wanita untuk tempoh sama.

Namun jurang tersebut semakin mengecil, dengan penurunan daripada 46.8 mata peratusan pada tahun 2000 kepada 26.1 mata peratusan pada tahun 2023.

Pada 2023, penyertaan wanita dalam dunia pekerjaan mencapai puncaknya dalam kumpulan usia 25 hingga 29 tahun dengan kadar 77.4 peratus. Ini merupakan peningkatan ketara berbanding kumpulan usia 20 hingga 24 tahun yang mencatatkan kadar 51 peratus.

Namun, penyertaan wanita dalam tenaga buruh menurun semula apabila mereka memasuki usia pertengahan 45 tahun dan ke atas kerana ramai mula meninggalkan alam pekerjaan sehingga 60 peratus.

Pengerusi Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Novel Lyndon berkata, faktor yang mendorong wanita muda menunda kemasukan ke pasaran kerja adalah kestabilan ekonomi, peranan wanita dalam sistem kekeluargaan dan faktor pendidikan.

Beliau berkata, jika dilihat di universiti terutama dalam program pengajian, majoriti pelajar adalah wanita.

Katanya, pada masa sama, wanita yang menyambung pelajaran ke peringkat pascasiswazah untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan membuka lebih banyak laluan dalam dunia profesional.

“Namun, modenisasi melalui proses industrialisasi sudah mengubah norma ini di mana golongan wanita lebih mementingkan kerjaya dan masa depan.

“Trend ini secara tidak langsung memberi kesan kepada produktiviti tenaga kerja khususnya dalam melahirkan generasi baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Novel, trend itu juga memberi peluang untuk meningkatkan daya saing tenaga kerja wanita dalam jangka masa panjang melalui penglibatan mereka dalam bidang berkemahiran tinggi.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata, kelewatan wanita memasuki pasaran kerja boleh menjejaskan produktiviti negara dan keupayaan tenaga kerja mahir.

Katanya, ia juga mengurangkan tempoh pengalaman yang dijana dan menjejaskan daya saing individu dalam pasaran pekerjaan.

Menurutnya, penyertaan wanita dalam tenaga kerja amat penting terutama apabila wanita di universiti melebihi lelaki, namun peratusan mereka memasuki pasaran kerja masih rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN