Vivy serah kepada sistem kehakiman bersihkan nama - Utusan Malaysia

Vivy serah kepada sistem kehakiman bersihkan nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar menyerahkan kepada sistem kehakiman bagi mencari penyelesaian terhadap pertuduhan dihadapi seterusnya membersihkan nama baik mereka.

Vivy dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya hari ini berkata, dia dan suaminya terpaksa mengambil sedikit masa untuk melihat apa yang berlaku.

Katanya, mereka tidak dapat membincangkan kes ini dan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses ini.

“Pertama sekali, saya dan suami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan dan kebaikan sepanjang tempoh itu.

“Susulan siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama sebulan,
kami dimaklumkan pertuduhan terhadap kami pada Khamis lalu berkaitan dengan transaksi pada tahun 2018,” katanya.

Kenyataan itu merupakan yang pertama dibuat oleh usahawan wanita tersebut selepas berdiam diri sejak disiasat SPRM.

Tambah kenyataan itu, pihaknya percaya kepada sistem penghakiman dan berharap ia dapat membersihkan nama mereka.

“Sepanjang proses perbicaraan ini, kami berharap dapat meneruskan kehidupan normal semula terutamanya demi orang yang tersayang.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang membantu kami dan menghantar mesej serta doa yang baik. Semoga tuhan membalas kebaikan anda,”j elasnya.

Terdahulu,Vivy dan Fadzaruddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini bagi pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) serta Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu.

Vivy atau nama penuhnya, Vivy Sofinas Yusof, 36, dan Fadzaruddin, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama sebagai ejen iaitu Pengarah Fashion Valet Sdn Bhd (FV) dan di dalam kapasiti itu diamanahkan dengan harta iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana pelaburan itu di mana dengan curangnya membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FV kepada syarikat, 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah syarikat itu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Plaza Damansara Bukit Damansara, di sini, pada 21 Ogos 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya