PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) sepatutnya merancang dan mengurus kadar menunaikan haji dengan lebih teliti kerana sudah diberi kepercayaan untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadah tersebut. Presiden Persatuan Solidariti Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA), Dr. Fathir Badri Alhadad mempersoalkan mengapa TH merasakan kenaikan kos tersebut sebagai beban sedangkan organisasi itu diberikan mandat untuk memudahkan umat Islam Malaysia menunaikan ibadah haji. Menurut beliau, TH diberikan hak eksklusif memonopoli industri…