Penjual bakso bina jalan kampung guna wang sendiri

Penjual bakso bina jalan kampung guna wang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang penjual bakso menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial Indonesia kerana sanggup membina jalan di kampungnya menggunakan wang sendiri.

Fery dilaporkan sanggup membelanjakan sekitar 10 juta rupiah (RM2,762) untuk membina jalan raya di kampungnya di Dusun Segelan Sidomulyo, Desa Belesari, Kecamatan Ngajum di Kabupaten Malang.

Susulan itu, nama Fery secara tiba-tiba menjadi tular selepas video mengenai pembinaan jalan kampung yang dibiayainya tersebar di media sosial.

Dalam video tersebut, kelihatan jalan kampung yang pada asalnya rosak teruk bertukar kepada jalan konkrit.

“Penyumbangnya ialah Fery, dia berasal dari sini,” kata penduduk setempat, Sukri seperti dilaporkan Surya co.id, kelmarin.

Fery dikatakan merantau ke Kota Batam, namun masih prihatin dengan keadaan jalan raya di kampungnya itu.

“Pada 2019, jalan di sini mula dibina. Tetapi kerja-kerja itu dilakukan secara berperingkat.

“Sehingga tahun ini, pembinaan jalan di Dusun Segelan Sidomulyo sudah di peringkat kelima. Jalan kampung sepanjang 1.5 kilometer itu kini diturap,” kata Sukri.

Beliau berkata, dana yang dikeluarkan Fery untuk membina jalan itu mencecah kira-kira 10 juta rupiah.– AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN