PETALING JAYA: Peniaga kecil menghadapi pelbagai cabaran yang memerlukan perhatian daripada pihak berkuasa selain menanti penambahbaikan menjelang tahun 2025. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata peniaga berharap proses pemilikan lesen perniagaan menjadi lebih proaktif serta langkah tegas diambil untuk mengawal orang asing daripada menjalankan perniagaan secara tidak sah. Seorang peniaga trak makanan, Muhamad Ammirul Syafa Azmi, 32, berkata, kerajaan perlu mempermudahkan proses pelesenan bagi setiap peniaga di negara ini. Katanya, syarat-syarat…










