Laporan RCI Batu Puteh antara agenda Dewan Rakyat hari ini

Laporan RCI Batu Puteh antara agenda Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan merupakan antara agenda yang dijangka mengisi perjalanan Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul bertarikh 9 Disember yang disiarkan dalam laman web Parlimen, laporan RCI itu dijangka dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Memetik aturan itu, kerajaan memandang serius isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan suruhanjaya dan hakikatnya apabila Perdana Menteri sendiri sudah mengarahkan agar Menteri terlibat meneliti isu yang dibangkitkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala perkara berkenaan kedaulatan negara yang melibatkan kelemahan proses pembuatan keputusan, kepinca­ngan tatakelola pentadbiran dan pengurusan kes, ketiadaan penglibatan Kerajaan Negeri dan ketidakselarasan tindakan antara pihak berwajib, perlu diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan secara cekap dan efektif.

“Menegaskan bahawa penelitian terhadap penemuan dan syor-syor suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan berkenaan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepen­tingan negara,” katanya,

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan dibentang di sidang Dewan Rakyat.

Minggu lalu, menerusi laporan setebal 217 muka surat itu, RCI mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b) Kanun Ke­seksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama.

Sebelum ini, Azalina dalam kenyataan berkata laporan RCI sudah diedarkan kepada Ahli Parlimen dan ia akan dibahaskan di Dewan Rakyat minggu ini.
Selain laporan RCI itu, perkara lain akan membincangkan adalah status terkini bagi usaha pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta kuota tambahan bagi guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh negara.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) dijadual meminta Perdana Menteri untuk status terkini bagi usaha pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta menyatakan garis masa untuk melaksanakan reformasi institusi ini.

Pada sesi sama, Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) turut meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menambah kuota guru KAFA di seluruh negara dan penubuhan institut pendidikan guru KAFA serta kenaikan gred bagi penyelia KAFA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×