Farid sukarkan proses cerai, Diana Danielle mahu tuntut nafkah

Farid sukarkan proses cerai, Diana Danielle mahu tuntut nafkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti, Dia­na Danielle, akan memfailkan tuntutan nafkah tertunggak terhadap suami yang juga pelakon, Farid Kamil.

Diana atau Diana Danie­lle Danny Beeson, 33, bakal mengambil tindakan itu kerana mendakwa Farid seperti mahu menunda proses perceraian yang difailkan.

“Tindakan seterusnya saya memutuskan untuk buat tuntutan nafkah kerana apabila dia memanjang dan memberat­kan isu, saya rasa peluang yang saya beri ini, sia-sialah.

“Tuntutan nafkah itu adalah, tuntutan tertunggak bertahun-tahun lalu,” katanya ketika ditemui Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Enggan mengulas lanjut jumlah tunggakkan yang diminta, pelakon Imaginur itu bagaimanapun bersedia memberi pengecua­lian sekiranya Farid rela melepaskannya.

“Bagi saya, tidak perlu saya nak beritahu secara terperinci, cuma kekecewaan saya ini, saya akan luahkan dengan cara sepatutnya.

“Apa pun yang terlalu periba­di, biarlah kekal menjadi hal peribadi.

“Kalau dia lepaskan saya, saya akan gugurkan perkara ini,” tambahnya.

Terdahulu, mahkamah di sini memerintah Diana dan Farid melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan menceraikan isterinya.

Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin mengeluarkan perintah itu selepas Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana pada sebutan kali kedua kes cerai mereka.

Mahkamah kemudian mene­tapkan 24 Mac depan untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN