Dam aji Terbuka Melaka perlu jadi acara tahunan

Dam aji Terbuka Melaka perlu jadi acara tahunan

Peserta tekun menunjukkan kehebatan masing-masing di Pertandingan Dam Aji Terbuka Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri di­sa­ran menjadikan Pertandingan Dam Aji Terbuka Melaka merebut Piala Ketua Menteri Melaka sebagai acara tahunan.

Beberapa peserta menyifatkan pertandingan itu anjuran kerajaan negeri itu adalah yang terbesar pernah diadakan di negara ini sekali gus mengangkat permainan tradisional itu ke peringkat yang lebih tinggi.

Seorang peserta Mazlan Manja, 53, dari Kulim Kedah berkata, pertandingan itu wajar dijadikan acara tahunan kerana berjaya menarik ramai peserta dari luar bertanding di satu kejohanan menawarkan hadiah paling lumayan iaitu sebuah kereta Axia selaku juara.

Menurutnya, kebiasaannya pertandingan dam aji di Kedah atau di beberapa negeri lain menawarkan hadiah yang tidak sehebat di Terbuka Melaka.

“Rasanya inilah pertandingan berskala besar yang menawarkan hadiah paling lumayan dan belum pernah ada di mana-mana negeri.

“Saya mewakili rakan yang bermain permainan tradisional ini mengharapkan kerajaan negeri menjadikan pertandi­ngan ini sebagai acara tahunan,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini semalam.

Mazlan adalah seorang daripada 500 peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Dam Aji Terbuka Melaka yang julung-julung kali diadakan.

Seorang lagi peserta Mohd. Hermie Bakri, 39, dari Kluang, Johor berkata, usaha kerajaan negeri itu disifatkan mampu mengangkat martabat permainan tradisional dan perlu dicontohi negeri lain.

Katanya, permainan itu wajar diberi nafas baharu dalam usaha mencari lebih ramai pemain muda kerana sukan itu rata-ratanya didominasi warga emas.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh kerana me­nganjurkan pertandingan ini serta menawarkan hadiah yang paling lumayan,” ujarnya.

Katanya, jika catur boleh diangkat ke peringkat dunia, dam aji juga boleh menjadi sukan bertaraf antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN