Bekas Presiden AS meninggal dunia pada usia 100 tahun

Bekas Presiden AS meninggal dunia pada usia 100 tahun

JIMMY CARTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-39, Jimmy Carter meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Carter yang juga penerima Hadiah Nobel Keamanan dilaporkan meninggal dunia di samping keluarga di kediamannya di Georgia, semalam.

“Beliau adalah wira, bukan sahaja kepada saya, tetapi kepada semua yang mempercayai keamanan, hak asasi manusia dan kasih sayang tanpa syarat.

“Saya dan dan keluarga berkongsinya bersama seluruh dunia. Dunia adalah keluarga kami kerana cara dia menyatukan orang ramai, dan kami berterima kasih kerana menghormati ingatannya dengan terus menghidupkan kepercayaan bersama ini,” kata Chip Carter, anak lelaki bekas presiden itu,” kata anaknya, Chip Carter.

Carter, seorang Demokrat dan berkhidmat sebagai Presiden AS dari Januari 1977 hingga Januari 1981 selepas mengalahkan penyandang Presiden dari Republikan, Gerald Ford dalam pilihan raya AS 1976.

Sepanjang penggalnya sebagai presiden dari 1977 hingga 1981, mendiang memainkan peranan penting dalam rundingan damai antara Israel dan Mesir menerusi Perjanjian Camp David.

Kekalahannya kepada Ronald Reagan dalam Pilihan Raya Presiden 1980 menyebabkan beliau hanya berkhidmat satu penggal.

Selepas meninggalkan jawatan, Carter membina legasi melalui aktiviti kemanusiaan dan diplomasi antarabangsa.

Beliau menubuhkan Pusat Carter pada 1982 dan dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada 2002.

Carter antara bekas Presiden AS yang paling lama hidup sehingga usia mencecah 100 tahun.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×