SEOUL: Jumlah kakitangan sekolah rendah di Korea Selatan yang mengalami kemurungan semakin meningkat, dengan data kerajaan pada 28 November menunjukkan seramai 9,468 menerima rawatan pada 2023.
Menurut data Perkhidmatan Insurans Kesihatan Kebangsaan, kadar rawatan kemurungan dalam kalangan kakitangan sekolah rendah terus meningkat daripada 16.4 bagi setiap 1,000 orang pada 2018, kepada 37.2 bagi setiap 1,000 orang pada tahun lalu.
Sebanyak 7,335 pekerja sekolah rendah dirawat kerana gangguan kebimbangan, iaitu 28.8 setiap 1,000 meningkat daripada 16.1 setiap 1,000 pada 2018.
Rawatan untuk kemurungan dan gangguan kebimbangan bagi pekerja di institusi pendidikan menunjukkan peningkatan di semua peringkat.
Bagi pekerja di peringkat prasekolah, 16.9 daripada 1,000 orang menerima rawatan untuk kemurungan dan 15.6 bagi gangguan kebimbangan pada 2023.
Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 10.3 dan 11 pada 2018.
Di peringkat sekolah menengah dan tinggi, 28.8 daripada 1,000 pekerja menerima rawatan untuk kemurungan dan 24.1 akibat gangguan kebimbangan.
Angka ini meningkat daripada 14.9 dan 15.1 pada lima tahun lalu.
Sekitar 25.7 daripada 1,000 pekerja di institusi pendidikan tinggi mengalami kemurungan dan 21.6 lagi menderita gangguan kebimbangan, di mana meningkat 14.8 serta 14.9 berbanding 2018.
Rawatan untuk kemurungan dan gangguan kebimbangan dalam kalangan pekerja pusat jagaan harian turut meningkat daripada 2018 hingga 2023.
Kira-kira 19 daripada 1,000 dirawat untuk kemurungan pada 2023 dan 17.6 bagi gangguan kebimbangan, masing-masing meningkat kepada 10.7 dan 12 pada 2018.– ASIA NEWS NETWORK










