NEW YORK: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan jumlah kanak-kanak yang tinggal di zon konflik seluruh dunia meningkat dua kali ganda kepada hampir 19 peratus berbanding kira-kira 10 peratus pada 1990-an. Menurut angka yang diterbitkan PBB, hampir satu daripada lima kanak-kanak dunia tinggal di kawasan terjejas konflik, dengan lebih 473 juta mengalami keganasan terburuk sejak Perang Dunia Kedua. Agensi itu menegaskan, peningkatan mendadak dalam ancaman terhadap kanak-kanak akibat konflik…










