JERANTUT: Seramai 10 pemeriksa amali Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dua buah sekolah di sini, terpaksa dibawa menaiki bot oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menyeberangi kawasan banjir di Jalan Paya Garok, semalam. Pegawai APM Daerah Jerantut, Muszaidi Musa berkata, masing-masing terdiri daripada lima guru yang bertindak sebagai petugas pemeriksa amali SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Piol dan SMK Sungai Retang. “Bantuan ini dilaksanakan berikutan banjir daripada…