Penutupan jalan Cameron Highlands jejas pelancongan

Penutupan jalan Cameron Highlands jejas pelancongan

KEADAAN runtuhan di Jalan Persekutuan FT185, Seksyen 42.7, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang menyebabkan laluan itu ditutup.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Penutupan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands menyebabkan penurunan ketara kedatangan pelancong di tanah tinggi tersebut.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A. Dilip Martin berkata, para peniaga tempatan pula menghadapi kerugian besar akibat penurunan ketara jumlah pelawat.

“Selain itu, laluan alternatif melalui Tapah yang kini digunakan oleh kenderaan berat menimbulkan risiko keselamatan yang tinggi kepada pengguna kenderaan ringan, khususnya di jalan-jalan yang sempit dan berliku,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, Reach merayu Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pembukaan semula jalan ini.

“Ini demi kepentingan keselamatan pengguna jalan raya, kelangsungan ekonomi peniaga, serta kemudahan pelancong. Tindakan segera amat diperlukan untuk menangani situasi ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menuju ke Cameron Highlands di sini yang ditutup sejak 25 Oktober lalu akibat kegagalan cerun dibuka semula mulai semalam untuk tempoh masa terhad.

Masa pembukaan laluan yang dicadangkan dari pukul 7 malam hingga 7 pagi manakala tempoh lain tidak dibenarkan bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan.

Jalan itu merupakan laluan utama untuk pengusaha sayur menghantar hasil keluar dan laluan utama pelancong ke tanah tinggi itu.

Runtuhan berlaku di Jalan Persekutuan FT185, Seksyen 42.7, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley pada 23 Oktober lalu menyebabkan laluan itu ditutup pada 25 Oktober.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini